Wednesday, July 21, 2010

Kaedah Menggunakan Produk Penawar Buasir




Cara-cara menggunakan Produk Penawar Buasir ini:



Serbuk hitam ini hendaklah diminum bersama dengan
  1. 1 atau 1/2 gelas susu lembu suam( jika sukar mendapat susu lembu segar susu tepung lembu atau susu kotak tanpa sebarang perasa pun boleh) dicampur dengan madu lebah dan satu sudu teh gula batu
  2. Masukan sepeket kecil serbuk penawar dan kacau hingga sebati
  3. Selawat 3 kali dan minum sehingga habis

Bagi anda yang:

  • Tahap serius disyorkan minum 2 kali sehari pada pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur
  • Tahap permulaan/air besar berdarah 1 kali sehari memadai

Untuk mendapat hasil yg baik kami amat berharap anda menghabiskan semua 7 pek yang ada di dalam walaupun anda sudah merasai perubahan buasir anda

Pengalaman kami, biasanya setelah habis menggunakan 7 pek ,buasir akan pulih namun ada kes-kes tertentu pesakit terpaksa menghabiskan 14 pek kecil.

Yang penting usaha, doa dan bertawakal. Setiap penyakit pasti ada penawarnya



TEMPAHAN PENAWAR BUASIR

Rawatan Alternatif Buasir Tanpa Pembedahan




Selain dari rawatan moden yg mungkin melibatkan pembedahan seperti PPH, kaedah rawatan alternatif secara tradisional mungkin menjadi pilihan anda.
Kami telah mengusahakan produk tradisional rawatan buasir semenjak tahun 1989 dan syukur ramai yang telah sembuh sepenuhnya setelah menderita penyakit ini agak lama.

Berbanding produk lain yang ada dipasaran, Produk keluaran CRBI Enterprise ini tidak memerlukan anda menyapu ke bahagian yang terkena buasir. Kami merumuskan ramuan-ramuan tradisi amalan nenek moyang kita ke pek yang mudah untuk digunakan.Ianya mudah untuk diminum terus

Demi menjamin keselamatan produk tradisional ini, CRBI Enterprise telah membuat kajian makmal di Kbio Corp ( Kedah Bioresources Corporation ). Pihak Kbio Corp telah mengesahkan produk tradisional ini selamat utk digunakan.
Di atas adalah sijil produk keluaran CRBI Enterprise yang disahkan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna

Penyakit Buasir : Apa Yang Anda Patut Tahu

Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .
Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :

Tahap 1Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).

Tahap 3:Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.·
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
    Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.


TEMPAHAN PENAWAR BUASIR