Friday, January 21, 2011

Alami buasir sejak kecil

SAYA akan berkahwin tidak lama lagi. Seperti orang lain, saya risaukan kesihatan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Saya mempunyai buasir sejak kecil lagi, tetapi bukan pada tahap kritikal kerana ia keluar apabila saya membuang air besar, kemudian masuk kembali (tetapi perlu ditolak dengan jari). Adakah ia boleh mengganggu alam rumah tangga saya kerana saya perasan apabila bernafsu, saya turut berasa ingin membuang air bBuasir atau ‘haemorrhoids’ atau ‘piles’ dalam istilah perubatan ialah ketumbuhan tisu daripada corong atau salur najis di bahagian cantuman usus besar rektum ke pembukaan lubang najis atau ‘anus’ yang dikenali sebagai ‘cushion anus’.

Ia boleh terjadi dalam dua keadaan. Yang pertama ialah tisu mukosa yang terjojol dalam ruang corong najis yang kadangkala boleh terkeluar lubang najis (internal piles) dan perlu dimasukkan kembali, dan yang kedua, mukosa terjojol daripada permukaan luar corong ‘anus’ (external piles).

Buasir dalaman atau ‘internal piles’ ada beberapa jenis. Jika ia hanya tisu mukosa yang terjojol dalam ruang corong salur najis, ia dikatakan jenis darjah pertama.

Istilah darjah kedua diberi apabila ia terjojol keluar salur najis ketika buang air besar dan kembali sendiri. Istilah darjah ketiga pula diberi apabila ia terpaksa dijolok dengan jari untuk dimasukkan ke dalam corong salur najis dan darjah keempat diberi apabila ia kekal di luar salur najis, mudah bengkak dan mengandungi darah beku.

Daripada ini anda boleh perasan yang buasir anda jenis buasir dalaman dan tahap darjah ketiga. Jadi, anda boleh bayangkan buasir anda sampai ke tahap yang anda terpaksa menjolok masuk ke dalam lubang najis setiap kali lepas anda selesai buang air besar.

Kemungkinan buasir anda boleh mengembang dan kekal di luar salur najis kerana sukar dimasukkan kembali ke dalam salur najis.

Jika ini berlaku, buasir anda akan bengkak dan mudah berdarah dan dalam keadaan sedemikian anda akan dapati daya ereksi anda akan berkurangan apabila anda tidak dapat mengemut bagi mengekalkan ereksi untuk bersetubuh kemudian hari.

Sebelum ini berlaku, iaitu tahap buasir anda masuk ke tahap lebih serius, elok anda berjumpa pakar bedah untuk menyelesaikan masalah. Tisu yang terjojol itu perlu dibuang, termasuk juga mukosa yang kelihatan terjojol yang tidak stabil yang boleh bertukar kepada buasir kemudian hari.

Doktor anda akan cadangkan kaedah pembedahan yang sesuai untuk anda. Jika anda tidak membuat apa- apa tahap buasir anda akan meningkat, memandangkan anda mula aktif dalam hubungan suami isteri.

Lambat-laun anda kena juga menjalani pembedahan, apabila tahap ereksi mula menurun. Rawatan konservatif hanya sesuai untuk buasir tahap pertama.